Pages

Saturday 2 February 2013

Hati Membebel Kecil : Ibu Bapa

Saya agak 'kurang suka' dgn org yg pintar berbicara (menipu) org tua. Seandainya mereka bisa melihat azab kerana berdusta, saya percaya mereka sanggup lakukan apa saja shingga tunduk, melutut, meraung, menangis air mata jernih. Mengapa? Hanya untuk meraih kemaafan. Namun, apakah yg bakal terjadi seandainya kata-kata maaf hanya bisa didengar di luar kubur? Ya, menyesal. Insaf. Benarkah? Wallahualam.

Ok. Pernahkah terlintas di fikiran mereka, sedikit atau banyak tntg balasannya? Allah Maha Adil. INSHAALLAH, sebagaimana mereka melayan orang tua mereka, sebegitu jugalah mereka bakal dilayan oleh zuriat mereka. Mungkin semasa itulah baru mereka sedar, betapa kasihnya Allah pd org tua mereka, sehingga Allah mengizinkan mereka untuk merasakan hal yg sama.

Makcik, Pakcik, Kakak, Abg, Adik & Semuanya. Tak kisah bangsa kita apa, agama kita apa, semua kita punya ibu & ayah kan? Selagi nyawa mereka masih di dunya, hormatilah, kasihilah, sayangilah. Usah malu andai mereka sudah tua. Usah takut jika mereka menyusahkan. TIDAK. Apa yg tlah mereka perjuangkan untuk menyara kita tdak akan pernah bisa kita balas. Ingat, kerana izin Allah kita dilahirkan, kerana izin Allah kita membesar, dan kerana DIA juga titik peluh mereka, kita berjaya.

Sayangkan mereka, ibu ayah kita.

ALLAHUMMAGHFIRLI DZUNUBI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO

Friday 18 January 2013

Luqman Al-Hakim

Diriwayatkan bahawa Jibril a.s ketika menyuruh Luqman al-Hakim untuk memilih antara kenabian dan hikmah, maka beliau memilih hikmah. Kemudian Jibril mengusap dada Luqman al-Hakim dengan sayapnya, lalu Luqman berbicara dgn mutiara hikmah.

Ketika Jibril mahu berangkat pergi, ia berbicara kepada Luqman al-Hakim, "Aku berwasiat kepadamu dengan wasiat, maka jagalah wasiatku ini, wahai Luqman. Sekiranya engkau masukkan tanganmu sampai sikumu ke dalam mulut ular besar, maka hal itu lebih baik bagimu daripada engkau meminta-minta seorang fakir yang berasa kaya" 

(Syukran kpd yg bertanya soalan ini di ask.fm)

Baiklah. Dalam Al-Quran al-Karim tidak menjelaskan biodata Luqman, sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang sering dijadikan rujukan untuk mendidik anak-anak dan seluruh umat sejagat. Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama dan ahli tafsir mengatakan Luqman adalah seorang yang soleh dan bukanlah nabi. Allah Azzawajalla telah menyebut nama Luqman dlm Al-Quran dan mengangkat martabatnya.

Ibn 'Atiyah meriwayatkan drpd  Ibn Umar r.a., beliau berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :  'Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau seorang hamba yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, cinta kepada Allah, maka Allah Azzawajalla mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata : 'Tuhanku, sekiranya Engkau memberi pilihan kepadaku, aku terima dengan rela dna aku meninggalkan ujian.. Tetapi jika Engkau menfardukan ke atasku, maka aku dengar dan taat, sesungguhnya Engkau akan memeliharaku. '"

Luqman bukanlah seorang nabi ttapi jumhur ulama mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan hikmah kepadanya iaitu kelebihan pada akal, kecerdikan dan perkataan atau kata-kata yang memberi kesan mendalam kepada manusia.

---
Ibn Kathir berkata, "Berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' tentang kebijaksanaan Luqman adalah seperti berikut :

  • Luqman adalah lelaki yang cekal dgn kebenaran
  • Pendiam, banyak bertafakurm dan berpandangan jauh
  • Tidak pernah tidur di siang hari
  • Tidak pernah meludah, tidak berkahak
  • Tidak membuang air besar dan air kecil
  • Tidak pernah mandi
  • Tidak bermasam muka dan tidak ketawa
  • Tidak mengulangi kata-katanya melainkan beliau akan memberikan suatu hikmah jika ada orang lain yang meminta beliau mengulangi kata-katanya tadi
  • Pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu
  • Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar.

(Antara faktor melayakkan beliau memperoleh hikmah
[Al-Bidayah wa al-Nihayah : 2/124] )
---
Rujukan : Buku Wasiat Luqman Al-Hakim

Alhamdulillah ini adalah post kali pertama untuk tahun 2013. Inshaallah jika berkesempatan ana akan cari masa untuk update tentang wasiat Luqmanul Hakim. Sbarang ksalahan mohon nyatakan demi kebaikan. Okay pesanan ana untuk hari ni, jom kita hafal surah Luqman ayat 12-19. Fahamkan makna & pngajarannya juga ye. Kalau dah hafal tu bacalah dgn kuat dalam solat Subuh, Maghrib & Isyak! Bagitau org lain jugak :)

Monday 31 December 2012

hope,do&pray.

Wahai Allah yg membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah kami di dlm agamaMu

        Ya Allah, walauapapun azam baru kami. Aku mohon, Kau tetapkanlah hati kami sentiasa bersamaMu. Sungguh aku bersyukur kerana masih bisa menikmati keindahan di muka bumi Allah. Namun, aku masih  khuatir akan amal ibadah ku yg belum cukup untuk dibawa balik ke tempat asalku. Tanah. Kubur. Mampukah segala amalanku menjawab segala pertanyaan munkar & nakir? Allahu. Timbul persoalan di fikiran. Terbayang-bayang betapa sakitnya pabila malaikat izrail menyabut nyawaku. Apa aku bakal mati dalam keadaan husnul khotimah atau su'ul khotimah? Juga aku tertanya-tanya apakah nasibku di akhirat kelak. Di mana tempatku? Syurga atau neraka? Ssungguhnya Allah Maha Mengetahui & sedia menerima hamba-hambaNya yg bertaubat.

‘Sungguh! Allah cinta orang yang taubat Dan cinta orang yang bersuci diri.’ -Surah Al-Baqarah ayat 222.

        Ya Rabb, aku sedar aku hanya insan yang lemah. Hamba yg kerdil. Aku tidak pernah lari daripada melakukan dosa. Ya Allah, sudikah Engkau memaafkan diriku serta hamba-hambaMu yang lain? Sungguh aku bimbang jika di antara kami, hanyalah aku yg tidak lepas drpd siksa api neraka. yg lain semuanya menikmati keindahan syurga. Aku mohon ya Allah. Satukanlah hati kami umat Islam agar kembali ke jalanMu. ke syurgaMu. & izinkanlah kami bertemu dgn kekasihMu, Nabi Muhammad SAW. 

Nahnu musytaquun ilaika ya Rasulullah wa narju an naltaqiya bika fil jannah. - Kami rindu kepadamu wahai Rasulullah & kami berharap bertemu di syurga Allah. 
. . .
Alhamdulillah wa syukurillah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 
Pejam celik , pejam celik esok dah masuk tahun 2013. Usia semakin meningkat. Moga iman & taqwa pun turut meningkat!  Bila masuk tahun baru, pasti heboh tentang "Back to school" "Balik asrama" "Balik penjara". Betul bukan? Ana semangat betul nak sekolah. Tak tahu nape. Inshaallah lepas ni ana lebih fokus dgn study ana, nak PMR lah katakan. *ye la sangat*  

Selain tu kan, ana confirm mesti kita semua ada azam baru. ke ada yg sengaja tak upgrade / update azam dia? ke stuck sbab taktahu nak azam apa. Ye, eloknya jika kita berazam ssuatu yg mendatangkn kebaikan & menjauhkan kemungkaran. Perbaiki diri serta niat kita. Biarlah kita melakukan sesuatu tu hanya kerana Allah. kerana Dia kita wujud. kerana Dia kita bahagia. & kerana dugaanNya kita menjadi org yg kuat, tabah & sabar. Sungguh Allah menyayangi kita. Ayuh bersyukurlah dgn nikmat yg telah diberikan. Bersabarlah dgn setiap ujian & musibah. Percayalah jika kini kamu tidak merasakan kesenangan, inshaallah pasti kelak kamu bakal dijemput kebahagiaan yg tidak pernah kamu bayangkan. Sungguh Allah Maha Adil wahai teman.

Patah balik tentang azam 2013 kita. Ambillah masa akhi wa ukhti sebentar, musahabah. Bermusahabahlah. Tanyalah diri, apa betulkah azam 2013 kita? Niat kita? Andai tepat 00:00 nyawa kita diambil. Allahu. Tidak sempat bertaubat kerana lalai dgn hal duniawi yg jelasnya tidak kekal. Duhai diri & sahabat, janganlah kita rugi kerana berazamkan sesuatu yg jelas bakal membawa kemungkaran. Mohon diri kita bisa mengalahkan godaan syaitan laknatullah yg tidak pernah jemu menggoda & membisik kejahatan.


Macam-macam beno azamnye. Ada yg nak tu , ada yg nak ni ... Ado tak yg berazam gitu? Haha. Ana tak cakap salah ye. Tapi ingat. Jangan lupa Allah. Cegah kemungkaran, carilah kebaikan! Sesiapa yg kreatif inovatif tu eloklah kalau buat memo, wishlist yg comel-comel. biarlah semangat tu bukan setakat hangat-hangat tahi ayam. Ye tak? Istiqomah dlm melakukan kebaikan. Ikhlas kerana Allah. Moga kita sentiasa dirahmati & diberkatiNya! Amin.

Jazakallahu khairan! Assalamualaikum *tarik nafas* Bismikallah humma ahya wa amut.... 

Thursday 20 December 2012

Persahabatan kerana? Allah.

 السلام عليكم

Sahabat.
Siapakah yg bergelar sahabat? Siapa?
Adakah diriku layak digelar sebagai seorang sahabat?
              *sila tanya diri sendiri ya*

"Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah
 seseorang kamu memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya"

Dialog 1
"Kau kawan aku, tak kan sikit pun tak boleh tolong bro?"
"Time susah baru kau reti nak cari aku ye?"

Dialog 2
"Ukhti, boleh tolong ana tak?"
"Inshaallah, anti kan sahabat ana dunia akhirat. Apa dia?"

Mengapakah dialog 1 di atas bisa terukir di bibir kita? Jujur pada dirimu. Mengapa?
Aku percaya bahawa semua insan di muka bumi Allah ini pernah menjalin sebuah ikatan persahabatan. Namun, adakah persahabatan ini terjalin hanya sewaktu susah? ataupun hanya sekadar untuk meraikan kegembiraan bersama? Sila jawab. Adakah diri kita ini belum cukup baik untuk mendapat gelaran seorang "sahabat"? Adakah salah kita kerana tersalah pilih insan untuk dijadikan teman?

Firman Allah yang bermaksud,
"boleh jadi kamu sangka itu baik untukmu, tapi sebenarnya ia buruk. Dan boleh jadi kamu sangka itu buruk untuk mu, tapi sebenarnya ia baik!".

Oleh sebab itu, janganlah kita mudah berfikiran buruk terhadap seseorang. & jangan pulak mengharapkan ssuatu dgn keterlaluan. jangan over ya Hehe! Nasihatilah, Tegurlah, Jawablah sahabatmu dgn baik ye. Jgn kasar-kasar! Tak lawa *senyum nampak gigi*

Okay, ana nak tanya.. .
Pernahkah kalian meminta pertolongan & dijawab dengan perkataan yg elok? Pernah? Alhamdulillah. Inilah ukhwah yg dicari. Sering terbit di telinga "ukhwah fillah till jannah" , "sahabat dunia akhirat", "bestfriend forever"  & dsb. Indah bukan jika sesebuah persahabatan terjalin kerana Allah. Ana percaya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah, dgn izin Allah kita mendapat redhaNya.

Pastinya kita semua juga menginginkan persahabatan yg penuh dgn kejujuran, keikhlasan & kasih sayang bukan?
Ketahuilah 12 Ciri Persahabatan kerana Allah :
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia kan melindungimu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia kan membantu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikkan kepadanya, ia akan menerima  dengan baik.
  • Jika ia mendapat sesuatu kebaikan ( bantuan)  daripada mu, ia akan menghargainya dan menyebut kebaikanmu.
  • Jika ia melihat sesuatu yang  tidak baik daripada mu, ia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta), ia  akan menanyakan kesusahan mu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahan mu ( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut).
  • Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkan mu.
  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia kan membantu mu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sedutan pesanan Al-Qomah kepada puteranya.

Rujukan : SINI
                                                       . . . 
Ya ahi wa ukhti,
     Tahukah kalian bagaimana sseorang hdup tnpa sahabat? Mereka seolah-olah terpenjara dlm kebebasan namun terasing dalam kelompok yg ramai. Cuba imagine kalau kita berbicara, tapi sorang pun tak sudi nak dengar. Sedih rasanya kan? Senyum tidak dibalas. Kesusahan tidak dibantu. Kegembiraan tidak disambut. Allahu. Moga ukhwah kita tidak pernah runtuh wahai sahabat. I jaga ukhwah ni, you pun sama k?  

Pesananku, izinkanlah dirimu untuk menegur salah silap ku. Bawalah aku ke jalan Allah. Ingatkanlah aku tntg Dia. ssungguhnya dgn izinNya kita bertemu & berpisah. Inshaallah.

* Mohon maaf jika ada kesilapan. Sila tegur 
kesalahan ana demi kebaikan pembaca. Asiff *

ke arah remaja Soleh wa Musleh 

Wednesday 19 December 2012

"Ayuh kita berlumba lari" : Muhammad & Aisyah

 السلام عليكم 

Wahai kaum Adam yg di luar sana, 
        Mahukah kalian mencontohi sikap Rasulullah S.A.W? 
                  Mahukah kalian membahagiakan kaum Hawa seperti 
                                 Baginda membahagiakan Aisyah si pipi merah?
                             
Allahumasolialasaidinamuhammad. 
. . .

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dalam satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: “Ayuh kita berlumba lari.”

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: “Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.”


. . .

Sweet sungguh kan? Moga bakal zauj ana pun sudi berlumba dgn ana suatu hari nanti. *mengada sikit* hihi! 

Sumber : SINI

Follow me on twitter : https://twitter.com/nuradilabtjohri
Ask me here : http://ask.fm/ukhtinuradilajohri

                                              

Tuesday 18 December 2012

Izinkanlah aku menasihatimu wahai sahabat ♥

                                        
السلام عليكم

Dia   : Assalam Adila , mcm mana kau dpt lupakan dia dulu?
Aku    :  Wsalam. Doa+Usaha+Redha/Tawakal :) Yg penting nawaitu kau tu
              betul-betul nak lepaskan seseorang kerana Allah.
              kerana Dia. Pemilik hati.
Dia   : Aku dapat lupakan dia , tapi aku masih sayang dia.
Aku    :   Isbir. Kawallah emosimu. Ingat Allah. Allah.
              Kau perlu ingat, syaitonirrojim tu ada di mana-mana,
              setia memujuk diri kita yg leka. Sedarlah.
              Jgn skadar kerana 'cowok' kita mjdi sbegini?
              Ayuh, larilah dripda maksiat, zina.
Dia   : Dia taknak lepaskan aku.
Aku    :   :) Ukhti, aku bukan nak mnghasut. Izinkanlah aku menasihatimu.
               Bawalah dia berbincang (opsss, kena ada jarak. sms je!)
               Kalau dia betul-betul sayang kau,
               minta dia lepaskan kau kerana Allah. redha. ikhlas.
               Jodoh tak ke mana. Kalau dia untuk kau, kau untuk dia.
               Confirm nanti dah besar dia dtg lamar kau! kehkehkeh.
               Memang sakit. pahit. tapi? Allah suka ke klau kau dgn dia bersama dlm stu ikatan ber'title'kan COUPLE? Jelas dlm Islam yg COUPLE itu HARAM. Ya, aku pernah buat. aku pernah lalui. Mmg indah, bahagia, sweet, romantik swaktu bercinta. Tpi, pda msa yg sama aku terasa dibeban, dibelenggu, dipenuhi dgn dosa. Dosa. Full of dosa. Terasa bahang api neraka. Allahu. Aku tidak rela sahabat aku juga merasai benda yg sama. Aku tidak sanggup. Kembalilah ke jalan Allah. Dia mnunggu taubatmu. Terimalah nasihatku wahai sahabat. Sungguh aku menyayangimu seperti adikku. Tidak rela ku melihat kau berada dlm kesedihan. Bangkitlah. Gunakanlah akal fikiranmu yg telah dikurniakan olehNya. Sama-samalah kita mencegah maksiat! ^^ Kawan, kita kan bijak jauhi zina? Hihihi. Ayuh berjihad melawan nafsu. Jommmm!
...

Ini adalah conversation antara ana & seorang sahabat. Ayat-ayatnya mmg tlah diubah untuk mudah difahami oleh kalian. Ambil lah ikhtibar drpd conversation di atas & di bawah. Untuk kita, untuk kita, untuk kita! hey.

Dia : Dila! Aku bebassssssssssssssssss!
        Ya Allah, sungguh aku merasakan kebahagiaan.
        Tiada kesedihan dlm perpisahan ini.Trima Kasih Allah.
Aku   :  Ye ke? Alhamdulillah. Snangnya tengok kau bahagia. 
Dia : Syukran! Ya Allah, terharunya. Subhanallah. Alhamdulillah. Ya Allah. :')

Sahabat, aku senang melihat kau tlah kembali ke jalan-Nya yg benar. Aku mohon, kau bawalah aku kembali ke jln mncari Syurga-Nya juga, jika aku tersalah arah, tersesat, terpedaya dgn pujuk rayu syaitonirrojim. Moga persahabatan kita diredhai Allah. Moga ukhwah fillah kita till jannah. Inshaallah. 

Sekian,
          السلام عليكم

Thursday 13 December 2012

Sebelum, Ketika & Selepas Tidur

السلام عليكم

Malam ni ana nak kongsi Sunnah Rasulullah yg biasa dilakukan sebelum, ketika & selepas tidur. Ia sepatutnya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Kata cintakan Nabi Muhammad, tapi mana buktinya? Ayuh, sama-samalah kita buktikan btapa cinta nya kita pd kekasih Allah yg bernama Muhammad bin Abdullah SAW. Lakukanlah Sunnah Baginda, percayalah, tiada kerugian yg bakal kau trima :)

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ...
Maksudnya:
Daripada Barra' bin Azib RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu hendak ke tempat perbaringan, berwuduklah sebagaimana wuduk untuk sembahyang kemudian baringlah di atas lambung kanan... 
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya:
Daripada Aisyah RA. katanya Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.
( Riwayat Bukhari)

3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 

عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلام شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى فَأَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَلَمْ تَجِدْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ مَكَانَكِ فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ أَلا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلاثًا وَثَلاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ قَالَ التَّسْبِيحُ أَرْبَعٌ وَثَلاثُونَ 
Maksudnya:
Daripada Ali katanya: Fatimah RA mengadu tentang apa yang terjadi pada tangannya sebab menggiling. Beliau pergi mengadap Rasulullah SAW untuk memohon seorang pembantu tetapi baginda tiada.beliau meninggalkan pesan terhadap Aisyah. Apabila Rasulullah SAW kembali Aisyah memberitahu baginda. Kata Ali RA: Baginda datang menemui kami di tempat tidur, lalu aku berdiri untuk menyambut. Baginda bersabda: duduklah, lalu baginda dua bersama kami sehingga aku dapati kaki baginda terasa sejuk di atas dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu berdua apa yang lebih daripada pembantu? 

Apabila kamu ke hamparan tidur atau tempat berbaring bertakbirlah ( الله أكبر ) 33 kali, 
bertasbih (سبحان الله ) 33 kali 
dan bertahmid ( الحمد لله ) 33 kali. Ini lebih baik bagi kamu daripada pembantu. 

Kata Ibnu Sirin tasbih adalah sebanyak 34 kali.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam

عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاتُهُ

Maksudnya:
Daripada Ubadah bin al-Shamad RA: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa bangun pada malam lalu ia membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ 
( Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada bagiNya, bagiNya kerajaan dan kepujian, Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Segala puji-pujian hanya untuk Allah,,Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.)
Kemudian ucap: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ( Ya Allah! Ampunkanku ) dan kalau ia berdoa pasti mustajab doanya dan jika ia berwuduk kemudian sembahyang pasti diterima sembahyangnya.
(Riwayat Bukhari)

5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya:
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA katanya Rasulullah SAW bersabda: ِApabila kamu berbaring di tempat tidur bacalah:
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا 
( Dengan namaMu ya Allah aku mati dan hidup ). 
Dan apabila bangun dari tidur bacalah:

Doanya :
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
“ Segala puji-pujian bagi Allah Yang Menghidupkan( membangunkan ) kami setelah kami mati (mati) dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” 
( Riwayat Bukhari)


Haaa, pernah buat tak sebelum ni? Pernahkah? Baguihnya :) Amalkan selalu ya?
Sekian, 
السلام عليكم
Ukhti Nur Adila Johri
|Follow|Dashboard|