Pages

Friday, 18 January 2013

Luqman Al-Hakim

Diriwayatkan bahawa Jibril a.s ketika menyuruh Luqman al-Hakim untuk memilih antara kenabian dan hikmah, maka beliau memilih hikmah. Kemudian Jibril mengusap dada Luqman al-Hakim dengan sayapnya, lalu Luqman berbicara dgn mutiara hikmah.

Ketika Jibril mahu berangkat pergi, ia berbicara kepada Luqman al-Hakim, "Aku berwasiat kepadamu dengan wasiat, maka jagalah wasiatku ini, wahai Luqman. Sekiranya engkau masukkan tanganmu sampai sikumu ke dalam mulut ular besar, maka hal itu lebih baik bagimu daripada engkau meminta-minta seorang fakir yang berasa kaya" 

(Syukran kpd yg bertanya soalan ini di ask.fm)

Baiklah. Dalam Al-Quran al-Karim tidak menjelaskan biodata Luqman, sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang sering dijadikan rujukan untuk mendidik anak-anak dan seluruh umat sejagat. Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama dan ahli tafsir mengatakan Luqman adalah seorang yang soleh dan bukanlah nabi. Allah Azzawajalla telah menyebut nama Luqman dlm Al-Quran dan mengangkat martabatnya.

Ibn 'Atiyah meriwayatkan drpd  Ibn Umar r.a., beliau berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :  'Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau seorang hamba yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, cinta kepada Allah, maka Allah Azzawajalla mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata : 'Tuhanku, sekiranya Engkau memberi pilihan kepadaku, aku terima dengan rela dna aku meninggalkan ujian.. Tetapi jika Engkau menfardukan ke atasku, maka aku dengar dan taat, sesungguhnya Engkau akan memeliharaku. '"

Luqman bukanlah seorang nabi ttapi jumhur ulama mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan hikmah kepadanya iaitu kelebihan pada akal, kecerdikan dan perkataan atau kata-kata yang memberi kesan mendalam kepada manusia.

---
Ibn Kathir berkata, "Berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' tentang kebijaksanaan Luqman adalah seperti berikut :

  • Luqman adalah lelaki yang cekal dgn kebenaran
  • Pendiam, banyak bertafakurm dan berpandangan jauh
  • Tidak pernah tidur di siang hari
  • Tidak pernah meludah, tidak berkahak
  • Tidak membuang air besar dan air kecil
  • Tidak pernah mandi
  • Tidak bermasam muka dan tidak ketawa
  • Tidak mengulangi kata-katanya melainkan beliau akan memberikan suatu hikmah jika ada orang lain yang meminta beliau mengulangi kata-katanya tadi
  • Pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu
  • Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar.

(Antara faktor melayakkan beliau memperoleh hikmah
[Al-Bidayah wa al-Nihayah : 2/124] )
---
Rujukan : Buku Wasiat Luqman Al-Hakim

Alhamdulillah ini adalah post kali pertama untuk tahun 2013. Inshaallah jika berkesempatan ana akan cari masa untuk update tentang wasiat Luqmanul Hakim. Sbarang ksalahan mohon nyatakan demi kebaikan. Okay pesanan ana untuk hari ni, jom kita hafal surah Luqman ayat 12-19. Fahamkan makna & pngajarannya juga ye. Kalau dah hafal tu bacalah dgn kuat dalam solat Subuh, Maghrib & Isyak! Bagitau org lain jugak :)

No comments:

Post a Comment

Ukhti Nur Adila Johri
|Follow|Dashboard|