Pages

Wednesday, 19 December 2012

"Ayuh kita berlumba lari" : Muhammad & Aisyah

 السلام عليكم 

Wahai kaum Adam yg di luar sana, 
        Mahukah kalian mencontohi sikap Rasulullah S.A.W? 
                  Mahukah kalian membahagiakan kaum Hawa seperti 
                                 Baginda membahagiakan Aisyah si pipi merah?
                             
Allahumasolialasaidinamuhammad. 
. . .

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dalam satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: “Ayuh kita berlumba lari.”

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: “Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.”


. . .

Sweet sungguh kan? Moga bakal zauj ana pun sudi berlumba dgn ana suatu hari nanti. *mengada sikit* hihi! 

Sumber : SINI

Follow me on twitter : https://twitter.com/nuradilabtjohri
Ask me here : http://ask.fm/ukhtinuradilajohri

                                              

1 comment:

Ukhti Nur Adila Johri
|Follow|Dashboard|