Pages

Thursday, 20 December 2012

Persahabatan kerana? Allah.

 السلام عليكم

Sahabat.
Siapakah yg bergelar sahabat? Siapa?
Adakah diriku layak digelar sebagai seorang sahabat?
              *sila tanya diri sendiri ya*

"Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah
 seseorang kamu memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya"

Dialog 1
"Kau kawan aku, tak kan sikit pun tak boleh tolong bro?"
"Time susah baru kau reti nak cari aku ye?"

Dialog 2
"Ukhti, boleh tolong ana tak?"
"Inshaallah, anti kan sahabat ana dunia akhirat. Apa dia?"

Mengapakah dialog 1 di atas bisa terukir di bibir kita? Jujur pada dirimu. Mengapa?
Aku percaya bahawa semua insan di muka bumi Allah ini pernah menjalin sebuah ikatan persahabatan. Namun, adakah persahabatan ini terjalin hanya sewaktu susah? ataupun hanya sekadar untuk meraikan kegembiraan bersama? Sila jawab. Adakah diri kita ini belum cukup baik untuk mendapat gelaran seorang "sahabat"? Adakah salah kita kerana tersalah pilih insan untuk dijadikan teman?

Firman Allah yang bermaksud,
"boleh jadi kamu sangka itu baik untukmu, tapi sebenarnya ia buruk. Dan boleh jadi kamu sangka itu buruk untuk mu, tapi sebenarnya ia baik!".

Oleh sebab itu, janganlah kita mudah berfikiran buruk terhadap seseorang. & jangan pulak mengharapkan ssuatu dgn keterlaluan. jangan over ya Hehe! Nasihatilah, Tegurlah, Jawablah sahabatmu dgn baik ye. Jgn kasar-kasar! Tak lawa *senyum nampak gigi*

Okay, ana nak tanya.. .
Pernahkah kalian meminta pertolongan & dijawab dengan perkataan yg elok? Pernah? Alhamdulillah. Inilah ukhwah yg dicari. Sering terbit di telinga "ukhwah fillah till jannah" , "sahabat dunia akhirat", "bestfriend forever"  & dsb. Indah bukan jika sesebuah persahabatan terjalin kerana Allah. Ana percaya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah, dgn izin Allah kita mendapat redhaNya.

Pastinya kita semua juga menginginkan persahabatan yg penuh dgn kejujuran, keikhlasan & kasih sayang bukan?
Ketahuilah 12 Ciri Persahabatan kerana Allah :
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia kan melindungimu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia kan membantu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikkan kepadanya, ia akan menerima  dengan baik.
  • Jika ia mendapat sesuatu kebaikan ( bantuan)  daripada mu, ia akan menghargainya dan menyebut kebaikanmu.
  • Jika ia melihat sesuatu yang  tidak baik daripada mu, ia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta), ia  akan menanyakan kesusahan mu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahan mu ( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut).
  • Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkan mu.
  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia kan membantu mu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sedutan pesanan Al-Qomah kepada puteranya.

Rujukan : SINI
                                                       . . . 
Ya ahi wa ukhti,
     Tahukah kalian bagaimana sseorang hdup tnpa sahabat? Mereka seolah-olah terpenjara dlm kebebasan namun terasing dalam kelompok yg ramai. Cuba imagine kalau kita berbicara, tapi sorang pun tak sudi nak dengar. Sedih rasanya kan? Senyum tidak dibalas. Kesusahan tidak dibantu. Kegembiraan tidak disambut. Allahu. Moga ukhwah kita tidak pernah runtuh wahai sahabat. I jaga ukhwah ni, you pun sama k?  

Pesananku, izinkanlah dirimu untuk menegur salah silap ku. Bawalah aku ke jalan Allah. Ingatkanlah aku tntg Dia. ssungguhnya dgn izinNya kita bertemu & berpisah. Inshaallah.

* Mohon maaf jika ada kesilapan. Sila tegur 
kesalahan ana demi kebaikan pembaca. Asiff *

ke arah remaja Soleh wa Musleh 

1 comment:

  1. waaaaa...T.T ..boleh nangis ana bca..so tooucchinngg..weeyy *congek nyarrr

    ReplyDelete

Ukhti Nur Adila Johri
|Follow|Dashboard|